Wednesday, May 7, 2014

Kadang aku pelik tengok orang. Ambil peluang atau ambil kesempatan? Agaknya kita sedar tak kadang-kadang tu kita bukan ambil peluang, tapi ambil kesempatan?

Sedar tak kita kadang-kadang tu tamak nak peluang. It is always about us. Ni peluang aku, siapa tak amik dia yang rugi. Ataupun, ni peluang dia, tapi aku boleh tumpang peluang ni.

Lucu jugak kadang-kadang kita lupa perasaan orang lain. Kita asyik nak fikir yang "kalau aku tak amik peluang ni, nanti aku susah". Kita tak fikir orang lain yang tak dapat peluang tu pun akan susah

Kenapa sesetengah manusia tak boleh fikir perasaan orang lain. Sense. Pernah tak kita cuba letak diri kita kat tempat orang lain. Jadi sensible sikit. Tak minta pun selami perasaan dalam-dalam. Cukup sekadar dapat rasa unfairness tu

And at the end of the day, kita akan tanya: betul ke peluang tu kita yang punya?

¯\_(ツ)_/¯

No comments: